aku nak kongsi kenangan aku dengan korg...kenangan ini aku telah lalui selama 6tahun...korg jangan la fikir kenangan ni kenangan aku kapel dengan siapa2...bukan....ini kisah kasih sayang mak saudara dengan anak saudaranya..beliau adalah mak saudaraku,Allahyarhamah Maziah....aku senang memanggil beliau sebagai "ayong"...
dari dulu lagi, dia sentiasa memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak2 saudaranya. tetapi bukan aku yang mendapat lebih. aku hanya ibarat orang yang terakhir yang beliau akan beri sesuatu. orang yang pertama selalu dapat dari beliau, sepupu aku...irwan dan izwan...beliau sangat menyayangi mereka berdua. sampai sanggup memberi wang saku lebih kepada mereka. aku tak kisah pun pasal duit ke harta ke....tapi aku terasa hati dengan apa yang beliau buat terhadap mereka. tapi aku faham...aku ni hanya siapa kepada dia.tapi aku tak pernah pun membenci kepadanya,malah makin sayang padanya. sehingga lah beliau menghembus nafas terakhir beliau...
beliau telah merana selama 6tahun kerana buah pinggang. tetapi beliau tidak pernah putus asa. macam2 ubat dan perubatan yang beliau telah lakukan demi kesihatan beliau. pak long aku sangat bersabar dengan kerenahnya,sakitnya,dan dugaan yang telah tuhan berikan kepada mereka. aku pun turut sedih kerana aku terfikir kenapa dia??kenapa dia yang pergi??kenapa orang yang berhati mulia dan penyayang yang pergi dahulu??
seminggu sebelum pemergiannya adalah hari jadi beliau. aku tidak dapat datang ke rumahnya kerana aku ada hal di luar..pak long aku telah memberi hadiah kepadanya seutas jam tangan yang berharga ribuan ringgit. betapa sayangnya paklong aku terhadap ayong. dia memakaikan jam itu kepada ayong..
aku ingat lagi bagaimana ayong pergi....masa itu,cucu2 nya,alya dan arissa menangis tak terhenti2 dengan serentak. kami pun risau kenapa lah mereka menangis. aku pun membawa kak yus(anak kepada ayong) balik ke rumah aku. tak lama kemudian, kakak aku mendapat panggilan daripada abah aku.kami pun bergegas ke hospital.. dan sampai sahaja,aku melihat ayong sudah tiada...aku lihat wajahnya sungguh tenang,putih dan suci.....wan(nenek) aku tidak dapat menahan tangisannya..aku pergi ke katil beliau lalu aku kucup dahi nya...betapa sebaknya aku..ayong aku sudah tiada.....
pada hari kebuminya beliau,aku lihat ramai rakan2 baiknya,tidak kira melayu,india,cina ada di rumah nya...semasa aku mengangkat jenazah itu untuk masuk ke dalam kereta jenazah,aku menangis.....aku teringat semasa beliau masih hidup..beliau bergurau denganku...memarahi aku demi kebaikan aku..
sampai lah di tanah perkuburan.....aku dan sepupuku menggali kubur nya....lalu aku terdengar suara cucu nya bertanya,"kenapa nenny duduk dalam tanah?"...abah aku pun berkata,"nenny nak tidur di situ..."sambil aku menggali,sambil aku menangis di kuburnya..aku dah tak tahu nak fikir apa..
hampir 5bulan ayong pergi.....dan suaranya,wajahnya sentiasa aku ingat....kadang2 cucunya selalu berkata apabila melalui tanah perkuburan ayong,"ni lah tempat nenny tidur..."
apa yang aku nak sampaikan di sini adalah sayangilah mereka terutamanya keluarga korg....nanti dah terlambat,baru menyesal....sayangi lah mereka....
No comments:
Post a Comment