Thursday, May 13, 2010

cuti oh cuti....

cuti semester sentiasa akan menjadi tanda tanya bagi aku...."bila nak cuti??lambat nya cuti....."...itu je la yang bermain di fikiran aku masa di uitm....tapi bila dah cuti,tak tahu nak buat apa...rutin harian yang akan aku buat...11pg=bangun dari tidur...1ptg=keluar seorang tanpa hala tuju...6ptg=balik....itu je la yang aku buat tiap2 hari bila cuti semester..nasib baik lah ada gak kerja part time kat vistana hotel...ada gak kerjanya...kalau tak,penganggur bertauliah lah jawabnya.....

bila cuti semester je,aku sentiasa nak buat apa yang aku nak..tak ada orang yang larang..melainkan keluarga aku...aku keluar,diorang mesti cakap,"jangan balik lewat.."hehehe....itu je la yang aku selalu dengar...

apa yang aku nak tekankan di sini...jangan lah mensia2kan cuti anda....kalau ada cuti tu,hargailah cuti tu..mana la tau takut2 dah tak ada cuti lagi nanti...heheheeheh....
renung2kan....dan selamat beramal....

Monday, May 3, 2010

kau pergi dan tak kembali....

ni tak ada kena mengena pun dengan semut2 tu....ini kisah aku....
aku nak kongsi kenangan aku dengan korg...kenangan ini aku telah lalui selama 6tahun...korg jangan la fikir kenangan ni kenangan aku kapel dengan siapa2...bukan....ini kisah kasih sayang mak saudara dengan anak saudaranya..beliau adalah mak saudaraku,Allahyarhamah Maziah....aku senang memanggil beliau sebagai "ayong"...

dari dulu lagi, dia sentiasa memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak2 saudaranya. tetapi bukan aku yang mendapat lebih. aku hanya ibarat orang yang terakhir yang beliau akan beri sesuatu. orang yang pertama selalu dapat dari beliau, sepupu aku...irwan dan izwan...beliau sangat menyayangi mereka berdua. sampai sanggup memberi wang saku lebih kepada mereka. aku tak kisah pun pasal duit ke harta ke....tapi aku terasa hati dengan apa yang beliau buat terhadap mereka. tapi aku faham...aku ni hanya siapa kepada dia.tapi aku tak pernah pun membenci kepadanya,malah makin sayang padanya. sehingga lah beliau menghembus nafas terakhir beliau...

beliau telah merana selama 6tahun kerana buah pinggang. tetapi beliau tidak pernah putus asa. macam2 ubat dan perubatan yang beliau telah lakukan demi kesihatan beliau. pak long aku sangat bersabar dengan kerenahnya,sakitnya,dan dugaan yang telah tuhan berikan kepada mereka. aku pun turut sedih kerana aku terfikir kenapa dia??kenapa dia yang pergi??kenapa orang yang berhati mulia dan penyayang yang pergi dahulu??

seminggu sebelum pemergiannya adalah hari jadi beliau. aku tidak dapat datang ke rumahnya kerana aku ada hal di luar..pak long aku telah memberi hadiah kepadanya seutas jam tangan yang berharga ribuan ringgit. betapa sayangnya paklong aku terhadap ayong. dia memakaikan jam itu kepada ayong..

aku ingat lagi bagaimana ayong pergi....masa itu,cucu2 nya,alya dan arissa menangis tak terhenti2 dengan serentak. kami pun risau kenapa lah mereka menangis. aku pun membawa kak yus(anak kepada ayong) balik ke rumah aku. tak lama kemudian, kakak aku mendapat panggilan daripada abah aku.kami pun bergegas ke hospital.. dan sampai sahaja,aku melihat ayong sudah tiada...aku lihat wajahnya sungguh tenang,putih dan suci.....wan(nenek) aku tidak dapat menahan tangisannya..aku pergi ke katil beliau lalu aku kucup dahi nya...betapa sebaknya aku..ayong aku sudah tiada.....

pada hari kebuminya beliau,aku lihat ramai rakan2 baiknya,tidak kira melayu,india,cina ada di rumah nya...semasa aku mengangkat jenazah itu untuk masuk ke dalam kereta jenazah,aku menangis.....aku teringat semasa beliau masih hidup..beliau bergurau denganku...memarahi aku demi kebaikan aku..

sampai lah di tanah perkuburan.....aku dan sepupuku menggali kubur nya....lalu aku terdengar suara cucu nya bertanya,"kenapa nenny duduk dalam tanah?"...abah aku pun berkata,"nenny nak tidur di situ..."sambil aku menggali,sambil aku menangis di kuburnya..aku dah tak tahu nak fikir apa..

hampir 5bulan ayong pergi.....dan suaranya,wajahnya sentiasa aku ingat....kadang2 cucunya selalu berkata apabila melalui tanah perkuburan ayong,"ni lah tempat nenny tidur..."

apa yang aku nak sampaikan di sini adalah sayangilah mereka terutamanya keluarga korg....nanti dah terlambat,baru menyesal....sayangi lah mereka....

semut hitam beraksi!!!

wahhh.....semakin hebat semut hitam ni sekarang...dulu, dia banyak membanggakan semut2 berbadan besar. tapi sekarang apa sudah jadi???
ramai rakyat2 semut sedang hangat menceritakan tentang semut hitam ni...adakah semut hitam ni telah meninggalkan semut badan besar tu??yang sekarang sudah jauh dari pandangan matanya?atau sengaja bermain kayu tiga??haahhh!!!!.....dia sudah beraksi nampaknya...
dulu,si semut hitam ni beria la memberi nasihat yang sangat "bernas" kepada semut merah. tapi hanya omong kosong saja..
kini,semut hitam sedang sibuk merapat hubungan dengan seekor belangkas yang dulu nya si belangkas ni dah ada yang berpunya...adakah si belangkas ni sudah tiada hubungan dengan belangkas betina tu??apalah si belangkas ni...dah lama kapel,tapi tiba2 tinggalkan si belangkas betina tu yang cun melecun....ke si semut hitam ni hasut si belangkas ni??
persoalannya sekarang,semut hitam tu masih ada lagi ke hubungan dengan si semut berbadan besar tu???kita akan ketahui selanjut nya nanti....hehehhe